Wednesday, November 11, 2015

Pengenalan Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Cinta....orang kata cinta itu buta..ya,saya akui,cinta itu buta..cinta akan membutakan bila cinta itu dipandu tanpa iman. Sebaliknya,cinta kerana Dia cukup membahagiakan.

Dewasa ini terlalu banyak kisah2 remaja dan cinta. Cinta yg membuta-tuli kpd sang pasangan yg bukan halal hingga menjerumus ke arah kehinaan dan kehancuran masa depan. Terlalu bnyk kisah2 si putih dibuang kerana si ibu terlalu muda dan belum bersedia menerima kehadiran hasil cinta. Cinta yg penuh nafsu tanpa kawalan iman.

Walau kisah2 ini terus di muka depan akhbar2,belum cukup untk menyentak kita dari lena yg enak dan selesa. Di selimuti kehidupan mewah dan kesibukan kerja mencari harta hingga kita lupa bahawa gejala2 sosial itu nanah dalam masyarakat. Ya, kita sangka mereka yg terlibat itulah yg bermasalah. Ya,kita sangka kita tak terlibat maka kita tak berdosa. Sungguh,kita buta dalam zon selesa.

Cinta,bukan sekadar kepada pasangan. Bukan sekadar kepada ibu bapa. Bukan sekadar kepada ahli2 keluarga. Bukan,sungguh bukan. Cinta itu luas hingga disebut dlm hadis, "tidak beriman seseorang itu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (riwayat Al-Bukhari & Muslim). Dalam agama Islam, kita adalah bersaudara. Kerana asalnya kita dari benih yg sama,Adam dan Hawa. Kerana cinta merekalah,hadirnya kita di dunia.

Cinta juga boleh jadi bukan hanya kepada manusia sesama manusia. Cinta juga boleh jadi kepada haiwan, tumbuh-tumbuhan malah boleh juga kepada harta dunia. Tapi kita perlu sedar, hati di mana lahirnya cinta hanya boleh memuatkan SATU cinta. Samada cinta kepada dunia semata atau cinta kepada dunia kerana cinta kepada Allah.

Sebaik-baik cinta ialah cinta kepada dunia KERANA cinta kepada Allah. Tidak salah untuk cintakan dunia kerana dunia ini dicipta kepada manusia. Tapi jangan kita lupa bahawa manusia dicipta untk akhirat. Jadi,landaskanlah cinta kita kepada dunia kerana mengejar cinta Ilahi.

Walau apa pun dosa kita yg dulu,jgn kita pernah putus mengejar cinta Allah. Kerana Dia sentiasa mendengar rintihan hambaNya yg ingin kembali kepada Dia. Kesalahan lalu,mungkin kelam dan kelabu. Namun,lihatlah secara positif dan minda terbuka. Dari dosa2 yg lalu,mungkin menyedarkan kita betapa kita jauh dari Dia dan menyentak kita untuk pulang mencari jalan yg benar. Sungguh,itu juga cara Allah menyatakan cinta kepada kita. Ujian demi ujian, bukan membebankan tpi sebagai 'wake up call' untk kita.

Dalam perjalanan mencari cinta,jangan putus asa dalam berdoa. Doa,doa dan doa. Doa itukan senjata org mukmin,kerana hanya org yg beriman saja yg berdoa dan doa itu pasti smpai kepada Allah. Jawapan kepada doa itu berbagai,jgn kita berdoa seraya meminta dan menyuruh Allah memakbulkan doa kita tpi doalah dengan kerendahan hati dan merintih dengan ikhlas kerana hanya Dia dan kepada Dia tempat kita bergantung.

Semoga kita jumpa dengan cinta yg kita cari. Dan semoga cinta itu adalah cinta yg tepat. Kerana kita kelak akan di kumpulkan bersama-sama dengan org yg kita cinta di akhirat sana.

'Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami. Semoga hati kami sentiasa memgingatiMu. Tenangkanlah hati2 kami. Jadikan kami hambaMu yg soleh dan solehah. Dan matikanlah kami dalam keadaan beriman. Tempatkanlah ibu bapa kami dalam kalangan orang2 yg beriman serta jauhkanlah mereka dari azab api nerakaMu'.. amiin ya rabbal alamin..

Nov 12,2015
12.25 a.m
Coretan rasa -ct-